Berita Utama

4 lagi kluster baharu COVID-19 dikesan

Libat negeri Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Sarawak

PUTRAJAYA, 21 Rabiulawal 1442H, Sabtu – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan empat lagi kluster baharu COVID-19 melibatkan negeri Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata di Sabah, Kluster Softwood LD di Lahad Datu membabitkan kes indeks (ke-34,985) yang dikesan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 30 Okt lepas.

Beliau berkata hasil saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 13 lagi kes positif COVID-19 dan semua yang terlibat dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah PPR Payang, Lahad Datu.

“Sehingga 12 tengah hari ini, sejumlah 109 individu telah disaring dengan 14 kes dikesan positif termasuk 11 kes baharu manakala 95 individu masih menunggu keputusan,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di KKM hari ini.

Di Selangor pula, Kluster Teratai dikesan di daerah Klang, Kuala Selangor, Petaling dan Hulu Langat membabitkan kes indeks (ke-35,263) juga dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 2 Nov lepas. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button