Pendapat

Belanjawan 2021: Cadang keluar KWSP diikut moratorium bank

Lebihan wang dibelanjakan dapat pulih ekonomi negara dengan baik

ALHAMDULILLAH. Bersyukur kepada الله s.w.t. kerana dengan limpah kurniaNya, dapatlah kita sama-sama bernafas pada hari ini. Semoga semua sahabat-sahabat Cikgu Izzat Johari (CIJ) ceria bersama keluarga tercinta. آمِّيْنَ

APA KOMEN CIJ TENTANG BELANJAWAN MALAYSIA YANG DIBENTANGKAN SEMALAM?

1. Bersyukur kerana Malaysia masih lagi berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan pentadbiran dengan baik. Masih ada pendapatan negara yang kuat.

2. Saya ingin menarik perhatian semua sahabat CIJ, semalam adalah pembentangan belanjawan yang belum diluluskan dan belum menjadi ketetapan. Oleh demikian, masih banyak boleh diperbaiki dan dikemas kini sebelum ianya diluluskan.

3. Walau bagaimanapun, suka saya ingin berkongsi beberapa perkara sahaja dalam pembentangan belanjawan semalam dan ingin memberikan cadangan yang mungkin sedikit sebanyak membantu Kerajaan Malaysia membuat penambahbaikkan.

CARUMAN KWSP SEIRING MORATORIUM

3. Mungkin ada ramai pihak tidak berpuas hati kerana mahukan RM10,000 diberikan terus kepada semua rakyat Malaysia yang mencarum dan dalam kesusahan. Akan tetapi, kerajaan mencadangkan pemberian secara berperingkat.

4. Mungkin kita terlupa, bahawa caruman KWSP adalah duit simpanan kita di hari tua. Cuma, mungkin situasi sekarang, ramai orang yang mencarum, mungkin bakal mengalami muflis, kehilangan rumah dan kenderaan akibat tidak mampu meneruskan pembayaran dan akhirnya kita akan jatuh muflis dihari tua.

5. Jadi, apabila caruman KWSP dapat dikeluarkan, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu membayar tunggakan dan memulakan perniagaan kecil bagi menampung perbelanjaan harian.

6. Cadangan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerjarja (KWSP) hendaklah disusuli dengan moratorium daripada pihak Bank Negara Malaysia. Sebagai contoh:

Caruman dikeluarkan = RM1,000 x 10 bulan
Moratorium Bank = 10 bulan

7. Apabila kedua-dua bantuan ini dapat disediakan oleh pihak kerajaan, saya yakin, kelebihan duit yang ada dapat dibelanjakan dengan baik sekaligus dapat memulihkan ekonomi negara dengan baik.

8. Bagaimana jika kerajaan berdegil untuk tidak memberi pengeluaran caruman dan moratorium? Ini bakal berlaku kepada rakyat, majoriti: Pinjaman Rumah = Lebih 3 bulan, akaun beku, bakal menghadapi proses LELONGAN.

Pinjaman Kenderaan = Lebih 2 bulan, surat tarik bakal dikeluarkan dan proses lelongan.

Kedua-dua situasi ini sudah cukup untuk rakyat bakal menghadapi situasi muflis.

9. Adakah ini yang kerajaan Malaysia inginkan? Adakah rakyat bersedia dengan keadaan ini? Saya dapat rasakan, ramai orang yang sedang hadapi situasi ini. Percayalah, rakyat sedang hadapi.

BANTUAN KEPADA SEKOLAH DAN MURID

10. Alhamdulillah. Bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diteruskan. Saya cadangkan supaya diberikan kepada semua murid sekolah rendah dan pihak kerajaan perlu menyediakan bantuan baharu iaitu makan tengah hari kepada murid yang terpilih sahaja. Sebelum mereka pulang daripada sekolah, mereka diberikan masa untuk makan tengah hari.

11. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana menyediakan peruntukan bagi pembangunan infra sekolah di Sabah dan Sarawak. Cuma, jika perlu, lebihkan bajet kerana masih banyak sekolah luar bandar di Sabah dan Sarawak tidak cukup infra yang sempurna. 63 tahun, masih ada yang berkeadaan daif.

12. Fokus kepada pendidikan khas, kerajaan nampak lebih serius dan berfokus. Kita harapkan anak-anak istimewa kita akan terus diberi pendidikan yang terbaik di sekolah.

13. Kita juga mengharapkan agar ada peruntukan khas untuk mewujudkan penjawatan warden asrama di semua sekolah berasrama. Kepentingan dan keperluan yang sangat mendesak.

HARAPAN RAKYAT MARHAEN

14. Kita mengharapkan agar kerajaan dapat teruskan mentadbir negara dengan baik. Ramai di luar sana yang sedang susah, sakit dan menderita akibat terkesan dengan pelbagai isu dan masalah. Sekurang-kurangnya, dapat meringankan beban sedia ada, sudah mencukupi.

Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana masih mentadbir negara dengan baik dan mohon terus fokus kepada kebajikan rakyat.

Cikgu Izzat Johari
Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button