Artikel KhasPendapat

Belanjawan faham keutamaan, ini tidak, sikit-sikit sekolah vernakular

NGO ultra kiasu pasti akan desak kerajaan, adakah PN akan tunduk?

BELANJAWAN 2021

Belanjawan yang memahami keutamaan, barulah win…. Ini tidak, sikit-sikit sekolah vernakular?

Apabila kerajaan tidak sebut nama sekolah vernakular dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SPMC) secara spesifik dalam Belanjawan 2021, maka melompatlah ultra kiasu, seperti katak kepanasan. Dakwanya, ultra kiasu sekolah vernakular dipinggir.

Selepas ini NGO ultra kiasu pasti akan desak kerajaan pimpinan PN. Adakah kerajaan akan tunduk?

Sejak bila sekolah vernakular dipinggirkan kerajaan? Apa hak Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) untuk mendapat peruntukan belanjawan kerajaan?

SMPC hanya melahirkan lebih ramai ultra kiasu berkiblatkan Taiwan (China).

Saya tidak mahu sentuh soal sekolah vernakular seperti SJKC/T, kerana sekolah ini memang sekolah bantuan kerajaan sepenuhnya sama seperti sekolah aliran kebangsaan. Peruntukan memang ada seperti biasa, cuma tidak ada peruntukan tambahan mungkin.

Justeru, apa masalahnya? Dasar ultra kiasu, tidak pernah puas, asyik nak lebih?

SKJC sudah mempunyai kemudahan seperti sekolah berasrama penuh, nak bagi belanjawan tambahan apa lagi? Lagipun kewujudan sekolah ini tidak berperlembagaan. Semakin dibantu, semakin ultra kiasu mereka. Semakin mereka tidak mengundi PN. Percayalah.

Kenapa perlu bantu SMPC? Saban tahun sekolah ini terus membesar, dengan bangunan tambahan baharu dengan kelengkapan serba canggih. Jika tidak percaya, pergi tengok sendiri 60 SMPC seluruh negara, sudah menjadi seperti sebuah universiti. Tidak puas lagi.

Baca sejarah SMPC. Dahulu kerajaan bagi pilihan, sama ada mahu diserapkan dalam sekolah bantuan kerajaan menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC), atau kekal menjadi sekolah persendirian.

Ultra kiasu ini bermati-matian mahu keluar daripada sistem, mahu menjadi sekolah persendirian. Menolak tawaran kerajaan. Sekarang, kamu desak kerajaan iktiraf sijil UEC. Malangnya, ada kerajaan negeri yang sudah pun mengiktiraf.

Tidak cukup dengan itu, mahu kerajaan beri peruntukan tahunan kepada sekolah ultra kiasu. Pergi minta kepada kerajaan Taiwan, sebab itulah kiblat kamu. Tidak ada sebab kerajaan bantu

Kerajaan sudah terlalu baik, mengiktiraf sijil ini dan memberikan peruntukan sebelum ini. Ada kamu berterima kasih. Kamu kutuk lagi kerajaan hari ini. Undi jangan haraplah

Bekas timbalan menteri pendidikan ultra kiasu yang bercakap ‘bulung-bulung telebang di angkase’ tak payah bisinglah.

Tidak lama lagi, NGO ultra kiasu mahu berjumpa PM untuk dapatkan peruntukan. Saya harap kerajaan bertegas. Jangan biarkan pemikiran komunis bermaharajalela.

Untuk makluman semua, pada tahun 1961, pihak kerajaan melalui Menteri Pelajaran, YB Abdul Rahman Talib dan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Aminudin Baki pernah menawarkan kepada SMPC/vernakular Cina untuk menjadi sekolah aliran kebangsaan.

Hanya 56 SMPC bersetuju dan diiktiraf sebagai aliran kebangsaan, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC). Manakala 60 buah SMPC selebihnya mahu tidak menerima tawaran kerajaan dan mahu kekal sebagai sekolah persendirian yang menggunakan bahasa Mandarin sepenuhnya dalam urusan pentadbiran, peperiksaan dan pengajaran. Salah siapa?

Sehingga kini, SPMC terus kekal, diuruskan oleh NGO ultra kiasu. walaupun terkeluar daripada sistem, mereka tidak pernah putus asa mendesak kerajaan mengiktiraf UEC, walaupun ada beberapa negeri telah mengiktiraf. Kerajaan secara tidak langsung sebenarnya telah turut mengiktiraf UEC ke maktab perguruan. Tidak perlu saya menulis lanjut.

Persoalannya, apakah SMPC boleh mendapat bantuan kerajaan setelah terkeluar daripada sistem? Jawapannya mudah. Tidak boleh.

Secara one off boleh. Boleh dikatakan saban tahun kerajaan bantu, cuma dalam belanjawan tahun ini kerajaan tidak sebut. Padan muka kamu! Semakin dibantu, semakin ultra kiasu kamu. Jangan haraplah mengundi PN.

Sekarang keperluan kerajaan bukan kamu ultra kiasu, tetapi pandemik COVID-19. Tidak bantu pun sekolah kamu sudah macam universiti. Cuba bandingkan dengan sekolah agama yang lebih layak dan disebut dalam Perlembagaan. Macam bumi dengan langit bezanya. Nak menunjukkan hebatnya SMPC.

Sama juga sekolah vernakular seperti SJKC/T. Tidak ada apa-apa peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan berkaitan bantuan kepada sekolah vernakular.

Jika ada bantuan sebelum ini, menunjukkan inilah kebaikan kerajaan yang diketuai oleh majoriti Melayu Islam.

Yang termaktub dalam perlembagaan mendapat bantuan adalah semua sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Sebab itu, sijil UEC tidak diiktiraf sebagai sijil rasmi, kerana totok sijil Cina. Nak bantu dan iktiraf macam mana.

Nasihat saya, kamu sudah bawa sijil ini untuk diiktiraf oleh negara-negara dunia lain, bawalah sijil ini ke negara tersebut. Kenapa perlu minta kerajaan iktiraf dan desak kerajaan bantu. Kerajaan tidak perlukan bakat ultra kiasu seperti ini.

Jika kerajaan terima dan bantu selepas didesak oleh ultra kiasu selepas ini, bermakna kerajaan tidak berlaku adil kepada aliran kebangsaan.

Termasuk tidak berlaku adil kepada pelajar Cina di SMJKC yang berada dalam aliran kebangsaan.

Tidak ada dalam dunia ini, kerajaan yang sebaik kerajaan Malaysia yang membantu sekolah yang terkeluar daripada aliran. Namun, kerajaan bantu juga. Tetapi mereka terus menjadi ultra kiasu.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button