Dunia

Masjid di Jerman terima surat ancaman berbaur Islamophobia

Ugut mahu hapus agama Islam dari Jerman, Eropah

BERLIN, 21 Rabiulawal 1442H, Sabtu – Sebuah masjid di bandar Hufingen di negara ini menerima sepucuk surat yang mengancam dan mengandungi kenyataan berbaur Islamophobia.

Menurut kumpulan muslim-Turki (DITIB), surat berkenaan dihantar kepada Masjid Aqsa pada Jumaat, yang memberi ancaman terhadap agama Islam di negara itu. 

Surat berkenaan menyebut bahawa Islam bukan untuk Jerman mahupun Eropah, selain mengugut akan menghapuskan Islam dari negara berkenaan. 

Ketua DITIB di Hufingen, Hakan Tasdemir mengakui sedih dan kecewa terhadap surat yang tidak dinamakan pengantarnya itu.

Beliau berkata, masjid itu telah beroperasi sejak tahun 1996 dan ia adalah kejadian pertama berlaku. 

“Kita telah membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai surat ancaman ini dan siasatan sedang dilakukan,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button