Berita UtamaDunia

Masjid pertama di Athens dibuka kepada jemaah untuk solat Jumaat

Penampilan berbentuk segi empat tanpa kubah kurang disenangi

ATHENS, 21 Rabiulawal 1442H, Sabtu – Setelah bertahun-tahun kelewatan disebabkan oleh kerenah, pemotongan dana dan penentangan daripada puak agama serta politik, masjid pertama yang dibiayai oleh kerajaan di ibu bandar Greece sejak tahun 1833 membuka pintu kepada para jemaah pada hari Jumaat.

Ratusan ribu umat Islam dari pelbagai negara termasuk Pakistan, Syria, Afghanistan dan Bangladesh menetap di Athens, namun bandar itu tidak mempunyai masjid rasmi memaksa penduduk Uthmaniyyah untuk beredar hampir 200 tahun yang lalu.

Pelan untuk membina sebuah masjid di Athens bermula pada tahun 1890 tetapi memerlukan beberapa dekad untuk dilaksanakan kerana penentangan daripada penduduk dan nasionalis Ortodoks Kristian, birokrasi yang lembap serta krisis kewangan selama sedekad.

Meskipun masjid dibuka, di tengah wabak coronavirus ini, hanya sebilangan kecil jemaah – memakai pelitup muka dan duduk di jarak satu sama lain susulan sekatan COVID-19 – hadir menunaikan solat.

Ahli dewan pemerintahan masjid, Heider Ashir meluahkan rasa syukur serta menyifatkan peristiwa itu sebagai detik bersejarah bagi masyarakat muslim yang menetap di Athens.

“Kami telah lama menunggu masjid ini. Terima kasih kepada Tuhan, akhirnya, kami mempunyai masjid yang terbuka dan dapat bersolat di sini dengan bebas,” katanya.

Bagaimanapun, umat Islam yang lain tidak senang dengan penampilan masjid itu yang strukturnya berwarna kelabu, berbentuk segi empat tanpa kubah atau menara, tidak menyerupai masjid-masjid lain yang indah, berhias di Eropah.

“Sama sekali tidak seperti tempat ibadah, ia adalah bangunan sengsara, kecil, segi empat sama.

“Kami mengucapkan terima kasih atas tawaran itu, tetapi kami akan berjuang untuk mencapainya ke tahap yang selayaknya,” kata Ketua Persatuan Muslim Greece, Naim El Ghandour. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button