Berita Utama

Rejim China didakwa buru Uyghur hingga luar negara

Ugut ahli keluarga jika Uyghur di luar China dedah kejahatan

WASHINGTON, 22 Rabiulawal 1442H, Ahad – Etnik minoriti Islam Uyghur bukan sahaja ditindas di China, malah mereka turut diburu hingga ke luar negara.

Terbaharu, seorang pelajar Uyghur di Norway, Abduweli Ayup mendakwa, rejim China yang bertugas di Pakistan, Dubai, Turki dan Kaherah memberi ancaman terhadap etnik itu yang tinggal di luar negara.

Dalam wawancara bersama Free Radio Asia, rakan Abduweli, Yusufjan Amet yang dipaksa untuk mengintip etnik Uyghur yang tinggal di Turki mendakwa, terdapat etnik itu dibunuh lelaki bersenjata di Istanbul pada Isnin.

Selain itu, Abduweli berkata, beliau telah dipaksa menjadi perisik rejim China dan didorong oleh Yusufjan menyampaikan maklumat berkenaan kepada media.

Pada 2018, Yusufjan telah menemui wartawan Al Jazeera untuk menemubual Abduweli dalam satu program.

Selepas program berkenaan disiarkan pada Januari tahun lalu, Abduweli telah dipecat oleh Parti Komunis China (PKC) Guoan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal China Kongres Uyghur Dunia, Ilshat H. Kokbore dalam wawancara sama berkata, PKC sering berusaha menembak dan membunuh etnik Uyghur, manakala kes kematian pertama di Turki adalah kali pertama.

“Ini membuktikan PKC sedang bertindak agresif dan mulai menjangkau negara-negara seperti Turki, katanya.

Pada Jun lalu, bocor dokumen dari wilayah Xinjiang menyatakan etnik Uyghur di Eropah telah diancam oleh rejim China bahawa ahli keluarga mereka akan mendapat balasan sekiranya mereka mendedahkan penindasan China terhadap etnik itu.

Dokumen berkenaan menjadi alasan kepada rejim China untuk menahan ratusan etnik Uyghur. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button