Berita Utama

Joe Biden ada sejarah pertahan Israel

Umpama selamat dari mulut buaya masuk ke mulut singa

BANGI, 23 Rabiulawal 1442H, Isnin – Jangan sesekali berasa lega dengan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) kerana hakikatnya, pemimpin lama mahupun baharu tetap sama menentang Islam.

Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Omar Kassim berkata, perubahan pemimpin AS ini umpama selamat dari mulut buaya masuk ke mulut singa.

Beliau berkata, Presiden baharu AS, Joe Biden yang bakal memimpin negara itu pada tahun hadapan mempunyai sejarah dalam mempertahankan negara haram Israel.

“Mengenali siapa kawan siapa musuh adalah asas kepada perjuangan ini. Silap percaturan, kawan dijadikan musuh, musuh dipanggil kawan.

“Justeru, kita perlu pertegaskan kebangkitan umat ini hanya berlaku dengan kita melaksanakan segala upaya dakwah.

“Termasuk mengembalikan jati diri dan kekuatan ummah ini tanpa bergantung kepada kekuatan kuffar selain bantuan dari Allah SWT,” katanya.

Joe Biden, 77, menang pilihan raya Presiden AS ke-46 dengan memperolehi 284 undi electoral, manakala pencabarnya, Donald Trump dari parti Republikan hanya meraih 214 undi elektoral.

Trump dilaporkan menolak keputusan itu dan bertegas mahu membuktikan siapa pemenang sebenar di mahkamah.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button