Berita UtamaDunia

Makin serius! Kes COVID-19 global cecah 50 juta

Lebih daripada 1.25 juta orang meninggal dunia ketika ini

WASHINGTON, 23 Rabiulawal 1442H, Isnin – Jangkitan coronavirus global sudah melebihi 50 juta pada hari Ahad, menurut perkiraan Reuters, dengan gelombang kedua virus dalam 30 hari terakhir menyumbang satu perempat daripada jumlah keseluruhan.

Oktober adalah bulan terburuk bagi wabak ini, dengan Amerika Syarikat (AS) menjadi negara pertama yang melaporkan lebih daripada 100,000 kes harian. 

Peningkatan kes di Eropah juga menyumbang kepada kenaikan kes.

Purata tujuh hari terakhir menunjukkan jangkitan harian global meningkat lebih daripada 540,000.

Sementara, lebih daripada 1.25 juta orang meninggal dunia akibat penyakit yang muncul di China akhir tahun lalu itu.

Peningkatan kes baru-baru ini dilaporkan makin mengganas dengan hanya 32 hari untuk jumlah kes meningkat daripada 30 juta menjadi 40 juta bahkan hanya memerlukan 21 hari untuk menambah 10 juta lagi.

Eropah, dengan kira-kira 12 juta kes, adalah wilayah yang paling teruk terjejas, mengatasi Amerika Latin, dengan Eropah menyumbang 24 peratus kematian COVID-19.

Wilayah ini mencatat sekitar satu juta jangkitan baharu setiap tiga hari sekali, menurut analisis Reuters. Itu adalah 51 peratus daripada jumlah global.

Perancis mencatat 54,440 kes sehari pada purata tujuh hari terakhir, kadar yang lebih tinggi daripada India dengan jumlah penduduk yang jauh lebih besar.

Gelombang kedua global menguji sistem penjagaan kesihatan di seluruh Eropah, mendorong Jerman, Perancis dan Britain untuk memerintahkan banyak warganegara kembali ke rumah mereka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button