Berita UtamaPendapat

Normalisasi Zionis: Agenda di sebalik pilihan raya Presiden AS

Calon Presiden AS tunduk kehendak Zionis pertahan Israel

“IF there were not an Israel, we would have to invent one to make sure our interests were preserved,” Biden said September. 30 at a conference in Washington.

“America’s support for Israel’s security is unshakable, period,” Ucapan Joe Biden, (kini) Presiden Amerika Syarikat (AS) dalam satu persidangan di Washington pada 30 September 2013.

Bagi sesiapa yang belum mengenali Presiden AS ke-46, petikan ucapan di atas yang dibuat 7 tahun lalu sudah lebih dari memadai.

Hubungan Presiden Biden dengan Israel dan para pemimpinnya bukan baru:

• Beliau pernah melawat Israel pada tahun 1973 (47 tahun dulu sebagai Senator) dan berjumpa dengan Golda Meir, Perdana Menteri Israel ketika itu sebelum meletusnya Perang Yom Kippur.
• Menyokong negara-negara Islam yang mengiktiraf Israel.
• Menyokong golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dan hak-hak mereka, serta akan memastikan undang-undang dan institusi-institusi AS memelihara dan menguatkuasakan hak-hak tersebut.
• Sokongan terhadap Israel dan kegigihan untuk mempertahankan keselamatan Isra*l mewarnai kerjaya politiknya yang panjang.
• Menegaskan sokongan tidak berbelah bagi AS terhadap negara Yahudi, rakyatnya dan nilai-nilainya.
• Menentang anti-Semitisme dan pergerakan Boycott, Divest and Sanctions (BDS) serta mengendoskan bantuan keselamatan kepada Isra*l, termasuk sistem Iron Dome.

Rujukan lanjut mengenai Joe Biden:

1) https://joebiden.com/joe-biden-and-the-jewish-community…/
2) https://www.jewishvirtuallibrary.org/views-on-israel-of-u…
3) https://www.aljazeera.com/…/a-biden-presidency-would…/
4) https://demmajorityforisrael.org/candidate-joe-biden/
5) https://www.i24news.tv/…/1599287697-biden-says-he…
6) https://www.independent.co.uk/…/joe-biden-israel-us…
7)https://www.france24.com/…/20200813-biden-s-deep-israel…
8)https://jewishjournal.com/…/would-biden-be-good-for…/
9) https://www.ijn.com/joe-bidens-history-on-israel/
10) https://www.hurriyetdailynews.com/if-there-were-no-israel…

AIPAC

Apa yang saya sebutkan di atas hanyalah sekelumit catitan ringkas mengenai betapa eratnya hubungan Presiden AS sekarang dengan Israel.

Malah, setiap Presiden AS dan Timbalannya mesti mendapat restu dan sokongan dari kumpulan pendesak/pelobi Yahudi yang paling berpengaruh di AS iaitu American Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

(Rujukan lanjut: https://en.wikipedia.org/…/American_Israel_Public…)

JERUSALEM EMBASSY ACT

Disamping itu, terdapat satu akta yang dikenali sebagai Jerusalem Embassy Act yang diluluskan oleh Kongres AS ke-104 pada 23 Oktober 1995 dan menjadi undang-undang pada 8 November 1995.

Akta ini mengiktiraf Jerusalem (Baitulmaqdis) sebagai ibu negara Israel dan menyeru supaya Jerusalem kekal sebagai bandar yang tidak terbahagi (undivided).

Tujuan akta ini pula adalah untuk memperuntukkan sebahagian dana untuk pemindahan (relocation) Kedutaan AS dari lokasinya sekarang di Tel Aviv ke Jerusalem pada 31 Mei 1999.

Pemindahan ini secara rasmi berlaku pada 14 Mei 2018, bersempena dengan ulang tahun ke-70 Pengisytiharan Kemerdekaan Israel.

Secara ringkasnya, pada 5 Jun 2017, Senat AS sebulat suara meluluskan satu resolusi yang memperakui sekali lagi Jerusalem Embassy Act.

Selain itu, mereka Presiden dan semua pegawai kerajaan AS supaya akur dan melaksanakan semua peruntukannya.

Rujukan lanjut: (https://en.wikipedia.org/wiki/Jerusalem_Embassy_Act).

Dari penerangan ringkas di atas, jelas bahawa polisi kewangan negara, perbelanjaan ketenteraan, dasar dan hubungan politik antarabangsa AS sangat dipengaruhi oleh kepentingan dan keselamatan Israel.

Peranan untuk memelihara dan mempertahankan negara haram ini asalnya dimainkan oleh pihak British tetapi kini telah diambil alih oleh AS.

Rakyat AS bukannya tidak sedar akan “perselingkuhan” rahsia ini, namun lobi Yahudi begitu licik dan sangat berkesan dalam mempengaruhi dasar-dasar kerajaan supaya sentiasa menguntungkan Israel.

Sesiapa yang menjadi calon Presiden mahupun Naib Presiden AS akan terpaksa tunduk kepada kehendak Zionis dan mempertahankan kepentingan Israel.

Sesiapa sahaja yang berani menentang pengaruh lobi AIPAC ini akan dimangsakan kemudiannya melalui pelbagai muslihat dan tindak balas.

Tidak keterlaluan sekiranya kita mengatakan bahawa dasar luar AS sebenarnya ditentukan oleh AIPAC dan Tel Aviv.

Di sebalik ini semua, saya mempunyai satu pandangan yang agak berbeza mengenai cara menilai isu pilihanraya Presiden dan pelantikan Joe Biden sebagai Presiden baharu AS.

Ia bukan lagi mengenai siapa gerangan Sang Presiden ini, tetapi agenda yang lebih besar di sebalik percaturan politik antarabangsa.

Hipotesis saya ialah mengenai ancaman yang lebih besar yang sedang berlegar di atas tubuh umat Islam secara umumnya. Kata kuncinya ialah NORMALISASI.

Kejayaan Israel pada hakikatnya adalah kemampuan gerakan Zionis Antarabangsa dalam memaksa kehendak dan tipu muslihatnya ke atas negara-negara Arab/Islam melalui strategi normalisasi terhadap negara haram Israel, yang diterjemahkan oleh pengiktirafan satu demi satu negara Arab dan juga beberapa negara umat Islam terhadap rejim pengganas tersebut.

Gerakan Zionis Antarabangsa merancang selama 50 tahun (dan mungkin lebih lama dari itu) untuk membentuk sebuah negara Yahudi sekular moden di tengah-tengah peta negara Arab.

Mereka mempermain dan juga memperdaya orang-orang awam Yahudi dengan dalil-dalil agama dari kitab suci mereka (Talmud) bagi membantu usaha di atas.

Langkah selanjutnya ialah dengan melemahkan atau memusnahkan halangan terbesar yang menghalang tercapainya cita-cita mereka – iaitu dengan menghapuskan sistem Khilafah yang diwakili oleh pemerintahan Turki Uthmaniyah, yang merupakan satu kuasa pusat yang menyatukan semua wilayah Islam ketika itu.

Strategi yang digunakan ialah mengapi-apikan sentimen assabiyah, kebangsaan dan kaumiyah Arab melalui seruan nasionalisme dan “pembebasan” dari cengkaman Turki Uthmaniyah.

Strategi licik ini berjaya apabila khalifah Islam terakhir iaitu Sultan Abdul Hamid II dipaksa turun takhta lalu digantikan dengan Kamal Ataturk yang sekular dan berjiwa Barat.

Peristiwa ini merupakan satu tragedi bagi dunia Islam dan malapetaka bagi umat Islam yang kesannya terasa hingga ke hari ini.

Bagaimanapun, insiden ini juga satu kejayaan besar bagi Gerakan Zionis di mana impian Theodore Hertzl menjadi kenyataan pada tahun 1946.

Apabila entiti yang baru sahaja “lahir” dari ketiadaan ini berjaya mengalahkan beberapa negara Arab besar dalam Perang 6 Hari atau dikenali sebagai Bulan Jun yang berlangsung antara 5 hingga 10 Jun tahun 1967, Israel sudah boleh “mendabik dada” kerana berjaya mengalahkan empat negara Arab iaitu Mesir, Iraq, Syria dan Jordan dalam tempoh 6 hari sahaja!

Segala insiden dan konflik antarabangsa di Timur Tengah selepas peperangan di atas adalah kejayaan awal Gerakan Zionis untuk menanam bibit-bibit normalisasi di kalangan musuh-musuh Israel.

Barangkali kita akan tertanya: Bagaimana negara-negara Arab yang mengelilingi entiti haram Israel berjaya ditundukkan hingga akhirnya sanggup mengiktiraf negara haram tersebut?

Pembaca disarankan merujuk beberapa analisa yang saya senaraikan berikut untuk memahami konteks dan latarbelakang proses normalisasi ini:

  1. https://www.aljazeera.com/…/a-history-of-arab-israeli…/
  2. https://www.aljazeera.com/…/explainer-where-doarab…
  3. https://en.wikipedia.org/…/Arab%E2%80%93Israeli…
  4. https://www.aa.com.tr/…/arab-israeli…/1738066
  5. https://www.dohainstitute.org/…/Arab-Normalization-with…
  6. https://themedialine.org/…/normalization-opens-new…/
  7. https://www.trtworld.com/…/how-normalising-ties-with…

PROJEK GREATER ISRAEL

Dalam membicarakan mengenai agenda normalisasi ini, kita perlu juga perlu sentuh mengenai Projek Greater Israel (Israel Raya), yang pada hakikatnya adalah satu kesinambungan kepada perancangan Zionis Antarabangsa.

Beberapa rujukan di bawah diharapkan dapat membantu para pembaca untuk memahami projek Greater Israel ini:

1.https://www.globalresearch.ca/greater-israel-the…/5324815
2.https://www.jpost.com/…/annexation-asserting-the…
3. https://www.globalsecurity.org/…/greater-israel-maps.htm
4. https://www.theguardian.com/…/25/quest-for-greater-israel

 

Saya meminta maaf sekiranya tulisan kali ini agak panjang. Tidak ada pilihan lain melainkan saya perlu memberi konteks yang luas sedikit berkaitan tajuk ini, dan itupun masih belum merangkumi semua aspek dan sudut pandang.

Ramai pemerhati dan penganalisis politik antarabangsa, ahli-ahli politik, agamawan, cendekiawan dan juga masyarakat umum telah memberi pandangan, pendapat dan rumusan masing-masing mengenai pemilihan Presiden baharu AS ini.

Ramai yang menyokong dan ada juga yang berpandangan sebaliknya.

Ada juga yang membandingkan antara Presiden yang baru dilantik dan Presiden yang kalah.

Saya berpandangan bahawa tidak ada apa-apa yang berubah sedikitpun.

Malah, tahun 2020 ini boleh dianggap satu fasa kemenangan bagi proses normalisasi yang dicaturkan oleh agenda gerakan Zionis Antarabangsa.

Apa yang telah dirancang oleh Zionis telah mencapai kejayaan dengan berbondong-bondong pengiktirafan dari negara-negara Arab dan negara umat Islam lain.

Rakyat umum dari kalangan umat Islam sudah tentu tidak menyokong tindakan para pemimpin mereka, akan tetapi, kuasa bukan di tangan mereka.

Protes dan demonstrasi bantahan besar-besaran juga tidak akan mampu dan mengubah apatah lagi menjejaskan perjalanan normalisasi ini.

Justeru itu, kita perlu faham bahawa gambaran yang lebih besar ialah terdapat ancaman pada agenda normalisasi itu sendiri.

Peperangan bersenjata menentang pencerobohan dan kezaliman rejim Israel ke atas Palestin bukan titik terakhir atau strategi yang paling berkesan untuk menumpaskan rancangan Zionis Antarabangsa.

Saya tidak mengatakan bahawa puluhan tahun penentangan rakyat Palestin menentang rejim Israel tidak berkesan. Na’uzubillah.

Segala pengorbanan mereka dari semua sudut termasuk puluhan ribu para syuhada’ nya sudah tentu akan mendapat setinggi-tinggi ganjaran di sisi Allah SWT dan mendapat tempat yang istimewa dari sudut pandangan syarak.

Bagaimanapun, perjuangan umat Islam melawan perancangan Zionis Antarabangsa tidak boleh terhenti setakat itu dan bukan semata-mata bertumpu pada menentang pencerobohan atau penjajahan fizikal ke atas Palestin.

Ancaman dan bahaya ini perlu dihadapi dengan kekuatan, persediaan dan strategi yang setara dengan pihak musuh.

Zionis Antarabangsa bergerak atas sistem nilai, ideologi, kerangka berfikir dan juga dalam bentuk tamadun.

Ia akan menggunakan kuasa dan memperalatkan sesiapa sahaja yang dapat menghantar kepada pencapaian cita-cita dan objektif mereka.

Mereka akan memperhambakan mana-mana negara, masyarakat, komuniti, bangsa, institusi dan para pemimpin politik asalkan semua itu dapat menghasilkan kejayaan kepada mereka.

Tanpa sedar, normalisasi dengan Israel pada hakikatnya ialah normalisasi dengan agenda Zionis Antarabangsa.

Kita akan mengulangi kegagalan masa lampau sekiranya beranggapan bahawa sekadar doa, perhimpunan, ceramah, taujihat, tazkirah, penulisan, khutbah, kuliah, pernyataan media, demonstrasi dan seumpamanya dapat menenggelamkan “kapal perang” Zionis ini.

Zionis telah mempersetankan semua resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Israel, lalu apakah mereka akan terkesan atau terpengaruh dengan tindakan umat Islam seperti di atas?

Saya berpandangan, bahawa satu-satunya alternatif dan pilihan yang ada pada umat Islam ialah melawan agenda normalisasi ini pada kadar yang sesuai dengan tuntutan masa kini, dengan menggemblengkan segala kemampuan, kepakaran, kesungguhan, kekuatan dan potensi yang dimiliki, tanpa mengabaikan walau sedikitpun prinsip yang dipegang atau mengorbankan nilai-nilai syarak atas alasan strategi melawan musuh.

Sudah tentu kita tidak akan terus berhadapan dengan “wajah” Zionis dalam medan ini.

Tetapi kita akan berhadapan dengan proksi-proksi sedia ada dalam bentuk gerakan liberal, feminisme dan emansipasi wanita, agama Syiah, gerakan Evangelisme, atheisma, sosialisme, humanisme, penggerak hak asasi dan LGBT yang bergerak secara serentak, berpasukan dan mendapat dokongan serta dana antarabangsa.

Maka perlawanan terhadap kemaraan semua ideologi di atas adalah satu inisiatif penting untuk menafikan dan menyekat normalisasi terhadap Zionis mencapai objektifnya.

Sudah tentu persediaan dari segi unsur-unsur kekuatan dalam semua dimensinya perlu dibina secepat mungkin, tetapi secara terancang dan menyeluruh.

Penggarapan semua unsur kekuatan umat Islam perlu merangkumi aspek-aspek keimanan, kemandirian, pembangunan fitrah/potensi insan perlu dilakukan serentak dengan persediaan-persediaan lain yang berbentuk fizikal, kewangan, institusi dan seumpamanya.

Ancaman bersifat tamadun perlu dihadapi dengan persediaan dan kekuatan bersifat tamadun juga.

Apabila kekuatan umat Islam sudah setanding atau melebihi kekuatan yang ada pada Gerakan Zionis Antarabangsa, maka medan pertempuran akan menjadi seimbang.

Pada waktu itu pihak musuh terpaksa berhadapan dengan saingan yang tidak kurang darjatnya dari segi perlengkapan dan persediaan-persediaan yang diperlukan.

Umat Islam akan memiliki kelebihan dari sudut bantuan dan pertolongan dari Allah SWT sekiranya mereka tidak mengabaikan sudut-sudut persediaan fizikal di atas.

Inilah bentuk kekuatan besar yang dimiliki oleh Sultan Muhammad Al Fatih, Salahuddin Al Ayyubi dan ramai tokoh terbilang sepanjang sejarah umat Islam.

Ia perlu dimulai dengan langkah bermula yang betul, melengkapkan barisan individu yang berwibawa dan berketerampilan, membina dan mengislah masyarakat dari penyakit cinta dunia dan benci kematian, membuang segala karat-karat jahiliah dari batang tubuh umat dan menumpaskan belenggu hawa nafsu yang melemahkan kekuatan generasi muda.

Barulah dan pada ketika itulah jalan pembebasan Baitulmaqdis dan kemerdekaan bumi Palestin akan mampu dilaksanakan dengan berjaya.

Tiada jalan pintas untuk mengalahkan agenda normalisasi Zionis Antarabangsa ini.

Mohd Luttfi Abd Khalid
Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button