Berita Utama

Azmin Ali dilantik Pengarah Pilihan Raya PN

MT sebulat suara tubuh Badan Perhubungan Negeri selaras aktiviti parti

BANGI, 24 Rabiulawal 1442H, Selasa – Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) bersetuju melantik Ketua Penerangannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihan Raya PN.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pelantikan Azmin itu bagi mengetuai persediaan jentera pilihan raya parti.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat semalam dalam usaha mengukuhkan kedudukan PN sebagai parti politik yang menerajui kerajaan hari ini.

“Untuk memperkasakan gerak kerja parti di peringkat akar umbi secara menyeluruh, Majlis Tertinggi sebulat suara untuk menubuhkan Badan Perhubungan Negeri PN bagi menyelaraskan aktiviti parti di peringkat negeri.

“Dalam hal ini, Pengerusi PN akan melantik Pengerusi Badan Perhubungan Negeri yang akan memanggil dan mempengerusikan semua mesyuarat Badan Perhubungan Negeri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hamzah berkata, Sayap Pemuda PN yang dipimpin Ir Khairil Nizam Khirudin juga diminta merancakkan lagi aktiviti di peringkat akar umbi supaya dapat merapatkan silaturahim antara ahli parti.

“Majlis Tertinggi percaya keputusan-keputusan ini bakal memantapkan lagi gerak kerja Perikatan Nasional di semua peringkat dan menambah baik koordinasi dalam kalangan parti-parti komponen PN,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button