Dunia

EU desak Myanmar benarkan Rohingya mengundi

Etnik minoriti dinafikan hak mengundi sejak tahun 2015

ANKARA, 24 Rabiulawal 1442H, Selasa – Kesatuan Eropah (EU) menggesa Myanmar untuk membenarkan muslim Rohingya  – yang ditindas dan dinafikan hak – terbabit dalam proses pilihan raya negara itu. 

“EU terus menuntut supaya memasukkan kelompok etnik dan agama minoriti di negara itu termasuk Rohingya bagi memastikan hak-hak sivil dan politik yang sah kepada semua.

“Kita berharap pilihan raya kecil diadakan secepat mungkin di daerah-daerah yang di mana pemilihan pada November tidak dapat dibuat. Ini penting untuk demokrasi,” kata jurucakap Suruhanjaya EU, Nabila Massrali. 

Selain EU, 27 anggota gabungan juga meminta Myanmar memperbaiki kerangka peraturan pilihan raya bersesuaian dengan standard serta amalan antarabangsa. 

Negara Asia Tenggara yang mempunyai populasi penduduk seramai 54 juta orang itu mengadakan pilihan raya umum pada Ahad – kali kedua sejak pemerintahan tentera selama 50 tahun berakhir pada 2011. 

5,643 calon bertanding yang mewakili lebih daripada 90 parti bagi 1,171 kerusi kebangsaan, negeri dan wilayah. 

Etnik Rohingya dinafikan hak mengundi sejak pilihan raya 2015, apabila proses pengundian di sebahagian besar negeri termasuk Rakhine, Shan dan Kachin dibatalkan atas masalah keselamatan.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button