Israel rancang hantar delegasi ke Sudan
Jalin hubungan ekonomi dengan fokus awal pada pertanian

TEL AVIV, 24 Rabiulawal 1442H, Selasa – Negara haram Israel merancang menghantar delegasi pertamanya ke Sudan pada Ahad depan, bagi mengukuhkan pengumuman yang dibuat oleh Amerika Syarikat (AS) pada 23 Oktober lalu berhubung kesepakatan normalisasi hubungan.
Sumber yang enggan dikenali nama atau kewarganegaraan berkata kepada Reuters hari ini memberi penerangan mengenai jadual perjalanan sementara.
Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak memberikan komen segera begitu juga pegawai Sudan.
Terdahulu, Sudan mengikuti langkah Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain dalam persetujuan untuk menjalinkan hubungan formal dengan negara penjajah Israel di bawah usaha diplomatik yang dikenali sebagai ‘Perjanjian Abraham’ oleh pentadbiran Donald Trump.
Keputusan pentadbiran bulan lalu untuk mengeluarkan Sudan dari senarai pembiaya keganasan AS telah membantu membuka jalan.
Israel dan Sudan berkata, mereka merancang untuk membuka hubungan ekonomi dan perdagangan dengan fokus awal pada pertanian. – Agensi