Dunia

Jordan mula mengundi hari ini

Perketat langkah kesihatan sepanjang pilihan raya elak wabak merebak

AMMAN, 24 Rabiulawal 1442H, Selasa – Rakyat Jordan mula mengundi pada Selasa, menyaksikan seramai 1,693 calon bertanding pada pilihan raya yang berlangsung dengan langkah-langkah kesihatan ketat, ekoran penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Jordan.

Sebanyak 130 kerusi di Dewan Rakyat dipertandingkan merangkumi 15 kerusi untuk kuota wakil rakyat wanita.

Suruhanjaya Pilihan Raya dalam satu kenyataan berkata, jumlah pengundi  berdaftar seramai 4,647,835, termasuk 577,000 mengundi untuk pertama kali.

Pusat pengundian dan penjumlahan undi dikendalikan 52,000 petugas, termasuk 18,000 sukarelawan. Kira-kira 53,000 pegawai polis ditugaskan di 1,824 pusat pengundian di 23 bahagian di seluruh negara.

Menurut suruhanjaya itu, proses pengundian dipantau 9,667 pemerhati tempatan dan 108 pemerhati asing.-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button