Berita UtamaDunia

OIC kecam Israel berterusan roboh rumah Palestin

'Tidak mungkin akan berlaku perdamaian setelah apa terjadi'

ANKARA, 24 Rabiulawal 1442H, Selasa – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam pemusnahan kediaman Palestin di Tebing Barat diduduki, yang mengakibatkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal.

Dalam satu kenyataan, pertubuhan itu berkata, tindakan berkenaan adalah sebahagian usaha negara haram Israel bagi pembersihan etnik di wilayah Palestin.

Menegaskan bahawa tindakan biadab Israel melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), OIC turut menggesa masyarakat dunia memberi tekanan lebih besar kepada Tel Aviv bagi menghentikan pelanggaran serta kezaliman di seluruh wilayah Palestin yang diduduki.

“Tidak mungkin akan berlaku perdamaian setelah apa yang terjadi meskipun negara Arab berusaha melakukan penyelesaian antara dua pihak (Palestin dan Israel), selain meminta Baitulmaqdis dijadikan ibu negara Palestin,” tegasnya.

Minggu lalu, jentolak Israel merobohkan penempatan di sebuah kampung Badwi dekat Tubas di Lembah Jordan, mengakibatkan hampir 80 penduduknya kehilangan tempat tinggal.

Rejim pengganas Israel memberi alasan bahawa pemusnahan penempatan itu kononnya dibina secara haram di kawasan yang digunakan untuk latihan ketenteraaan.

Kira-kira 73 warga Palestin, termasuk 41 kanak-kanak, dipindahkan ketika rejim Zionis merobohkan kediaman dan memusnahkan barangan milik mereka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button