Berita UtamaDunia

Veteran politik Palestin, Saeb Erekat meninggal dunia

Kesihatan merosot sejak dijangkiti COVID-19 bulan lalu

ANKARA, 24 Rabiulawal 1442H, Selasa – Ahli politik terkemuka Palestin, Saeb Erekat meninggal dunia pada Selasa ketika menerima rawatan di hospital sejak beberapa minggu lalu, selepas dijangkiti COVID-19, lapor Agensi Anadolu.

Erekat meninggal dunia di Hospital Hadassah Ein Karem, menurut sumber Pergerakan Fatah.

Kesihatannya merosot sejak dijangkiti virus itu bulan lalu.

Ahli politik veteran Palestin itu sebelum ini pernah menjalani pembedahan pemindahan paru-paru pada 2017.

Erekat pernah turut serta dalam rundingan Washington pada 1992-1993 dan dilantik sebagai ketua delegasi perundingan Palestin pada 1994.

Beliau menteri pertama dalam kerajaan yang dibentuk oleh Lembaga Palestin yang dipimpin Presiden Yasser Arafat. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button