Berita Utama

PKP: Kelantan sokong kompaun naik demi sedarkan masyarakat

Bukan untuk susahkan rakyat tetapi wujudkan rasa tanggungjawab

KOTA BHARU, 21 Jamadilakhir 1442H, Rabu – Kerajaan negeri Kelantan menyokong cadangan untuk menaikkan nilai kompaun yang lebih tinggi kepada pesalah yang ingkar dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob berkata pelaksanaan cadangan menerusi pindaan Akta 342 itu bertepatan dengan keperluan semasa termasuklah jumlah kompaun maksimum RM1,000 di bawah akta berkenaan.

“Saya bersetuju nilai kompaun dinaikkan, kita bukan nak kompaunkan rakyat (menyusahkan rakyat)… tetapi untuk menimbulkan rasa tanggungjawab kepada mereka dalam usaha melandaikan (lekuk jangkitan) kes COVID-19 di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Program Info On Wheels Kempen Pematuhan SOP COVID-19 di sini hari ini.

Menurutnya walaupun kes harian COVID-19 di Kelantan menunjukkan trend penurunan, pihaknya mendapati kepatuhan masyarakat terhadap SOP masih kurang, justeru beliau meminta rakyat mematuhi SOP supaya wabak itu dapat dikawal, sekali gus memulihkan ekonomi.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata pihak Jabatan Peguam Negara sedang merangka draf cadangan bagi menaikkan nilai kompaun pesalah yang mengingkari SOP PKP. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button