Berita Utama

Wanita berihram lelaki: ‘Berani tunjuk gambar, beranilah bertanggungjawab’

Menteri agama minta pelaku tampil jelas sebab perbuatan

BUKIT GANTANG, 22 Safar 1444H, Ahad – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad meminta wanita yang didakwa mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki tampil untuk menjelaskan perbuatannya.

Beliau berkata, isu tersebut tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

“Wanita terbabit tidak sepatutnya bersembunyi sekiranya berasakan tindakannya itu betul. Sepatutnya beranilah (tampil) kerana dia berani untuk menunjukkan gambarnya.

“Sudah berani tunjuk dia depan Kaabah seolah-olah untuk provokasi, maka kena beranilah untuk bertanggungjawab,” katanya.

Menerusi video yang tular pada 12 Ogos, wanita berkenaan dilihat berada di Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki dan difahamkan menggunakan visa pelancong dan bukan menerusi khidmat agensi.

Idris berkata, usaha untuk mengesan wanita tersebut melibatkan pelbagai pihak seperti pihak berkuasa agama negeri telah dilaksanakan, namun masih belum membuahkan hasil.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button