Berita Utama

DAP berat sebelah! Diam menikus ADUN langgar SOP

Sebelum ini 'galak' kritik Ahli Parlimen PAS atas kesalahan sama

BANGI, 26 Rabiulawal 1442H, Khamis – DAP menyerlahkan sikap berat sebelah mereka setelah terdiam menikus berhubung isu seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sebelum ini, parti rasis serta cauvinis itu dilihat begitu ‘galak’ mengkritik Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang melakukan kesalahan sama.

Sehubungan itu, Presiden Persatuan Kebajikan Darul Islah (Perkid), Ustaz Masridzi Sat menyifatkan, sikap yang dipamerkan DAP itu menjadikan mereka tidak memberi manfaat kepada rakyat.

“Undang-undang dicipta untuk semua tetapi sudah jadi double standard apabila melibatkan orang-orang politik.

“Mana-mana pemimpin yang gagal beri contoh yang tidak baik, tidak berintergriti atau salah guna kuasa, wajar berundur atau rakyat yang akan jatuhkan mereka nanti,” tegasnya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini

Sebelum ini, tindakan ADUN Ketari, Young Syefura Othman memaparkan gambar di media sosial sedang berkelah bersama rakan-rakannya di Avani Sepang Goldcoast Resort mendapat kecaman.
Ia susulan wakil rakyat DAP itu dikatakan melanggar SOP PKPB yang ditetapkan di Selangor.

Difahamkan, gambar itu diambil kelmarin tetapi dimuat naik di Instagram semalam, namun telah dipadamkan.

Mengakui kesalahan itu, Young Syefura memohon maaf dan mendakwa tidak menggunakan sebarang kelebihan sebagai wakil rakyat untuk bergerak di dalam Selangor.

Selangor adalah antara negeri yang sedang dikuatkuasakan PKPB, di mana perjalanan antara negeri dan daerah dilarang kecuali untuk tujuan kerja serta kecemasan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button