Berita Utama

Kenapa Menteri Kesihatan tak ‘backup’ Dr Noor Hisham?

Ahli politik tak faham cara kakitangan kerajaan jalankan tugas

BANGI, 26 Rabiulawal 1442H, Khamis – Pelik apabila Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri tidak membela Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah selepas diperlekeh oleh ahli politik.

Semalam, ketegangan berlaku di Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Jelutong, S N Rayer mendesak Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) menarik balik frasa ‘DG takut mati’ ketika membangkitkan isu Ketua Pengarah Kesihatan tidak turun ke Sabah ketika pendemik COVID-19 melanda.

King Sing membangkitkan isu mengenai Ketua Pengarah Kesihatan yang tidak turun padang dan hanya membuat sidang akhbar harian untuk mendapatkan publisiti.

Rayer mendakwa kenyataan King Sing itu memperlekeh pegawai barisan hadapan tetapi dinafikan Ahli Parlimen Bintulu itu yang menegaskan beliau hanya bertanya dan menyuarakan pandangan rakyat di sana.

Suasana dalam Dewan Rakyat menjadi kecoh dan beberapa penyokong kerajaan dan pembangkang bangun dan bertikam lidah.

Bagi Timbalan Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Asmadi Abdul Sama, orang politik sebegini memang tidak pernah faham bagaimana kakitangan kerajaan menjalankan tugas.

“Mungkin bagi mereka meninjau itu satu kerja yang besar. Sebab itu juga sering dilihat ahli politik saban tahun turun meninjau tak sudah-sudah,” katanya sinis.

Beliau turut meluahkan rasa kesal apabila ahli politik sekarang lebih kepada mencari kelemahan dari pihak lain.

“Dalam banyak perkara memang senang nak mencari kelemahan, kekurangan dan cacat cela orang lain.

“Yang susah bila diminta untuk sama-sama bekerja dan menampung kelemahan dengan kelebihan yang ada,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button