Berita Utama

KKM bimbang pergerakan di Lembah Klang, N. Sembilan tak dikawal

Pelaksanaan PKPB kurangkan pergerakan walau bukan 100 peratus

PUTRAJAYA, 26 Rabiulawal 1442H, Khamis – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyuarakan kebimbangan pergerakan keluar masuk 6 juta rakyat di Lembah Klang dan Negeri Sembilan, akan menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19, di negeri-negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata hampir semua daerah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya, kini Zon Merah COVID-19 dan agak sukar untuk mengawal pergerakan penduduk yang tinggi dan padat di negeri terlibat.

Justeru katanya, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang, diharapkan dapat mengurangkan pergerakan rentas negeri khususnya di Lembah Klang dan Negeri Sembilan, seterusnya memutuskan rantaian penularan baharu wabak itu.

“Pergerakan (orang awam) dari zon-zon merah di Lembah Klang agak sukar dikawal berbanding zon merah di Sabah ke Semenanjung misalnya, kerana kita boleh saring dan kenal pasti mereka bila keluar dari Sabah.

“Kita (KKM) bimbang jika orang dari Lembah Klang atau Negeri Sembilan yang dijangkiti wabak itu dan merentas negeri ke zon hijau, ia akan bawa jangkitan. Oleh itu, walaupun tak dapat bataskan 100 peratus pergerakan keluar masuk, tapi PKPB dapat kurangkan pergerakan itu,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button