Berita UtamaDunia

Rejim Zionis tangkap 40 rakyat Palestin

Penjajah ceroboh masuk rumah penduduk pada waktu malam

RAMALLAH, 22 Rabiulakhir 1445H, Isnin – Rejim pengganas Israel telah menangkap kira-kira 40 rakyat Palestin di Tebing Barat menjadikan jumlah keseluruhan tahanan sekarang 2,080 orang.

Persatuan Tahanan Palestin memaklumkan, kesemua tahanan termasuk dua wanita ditahan sejak malam Sabtu sehingga pagi semalam di seluruh bandar itu termasuk di Baitulmaqdis.

Rejim dilaporkan menyerbu rumah penduduk Palestin pada waktu malam, dan tahanan dipindahkan ke pusat tahanan sementara sebelum dirujuk ke pusat siasatan atau penjara utama.

Rejim Zionis melakukan pencerobohan setiap hari ke kampung dan pekan – disertai dengan konfrontasi, penangkapan, dan tembakan peluru hidup dan getah serta bom gas pemedih mata beracun ke arah anak-anak muda Palestin.

Konfrontasi ini berlaku ketika tentera Israel telah meluaskan serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza, yang telah berada di bawah serangan udara tanpa henti sejak 7 Oktober lalu.

Sehingga kini jumlah rakyat Palestin yang syahid di semenanjung Gaza meningkat kepada 9,500 termasuk 3,900 kanak-kanak dan 2,509 wanita. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button