Berita Utama

Relawan Muda agih bantuan setengah juta ringgit kepada penduduk Sabah

Orang ramai diajak sertai sukarelawan di bawah skuad Relawan Muda

BANGI, 26 Rabiulawal 1442H, Khamis – Relawan Muda, sebuah inisiatif daripada Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) akan mengagihkan bantuan keperluan asas kepada penduduk Sabah sebanyak RM500,000. 

Program ‘Bantuan COVID-19 Sabah’ ini dilaksanakan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Maghfirah dan Aman Palestin.

Bantuan akan disampaikan kepada golongan bersasar yang memerlukan di seluruh Sabah sepanjang bulan November ini, kata Naib Ketua Pemuda ISMA merangkap Pengarah RELAWAN MUDA, Nor Aizat Rahimi

“Pandemik COVID-19 begitu teruk melanda Sabah, menjejaskan kehidupan dan sektor ekonomi rakyat Sabah secara keseluruhannya. 

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang melalui Yayasan Maghfirah dan Aman Palestin yang begitu peka dan prihatin sekali atas nasib rakyat Sabah. 

“Moga Allah memberkati dan melimpahkan rezeki seluasnya kepada semua penyumbang yang ikhlas membantu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau memaklumkan bahawa Relawan Muda oleh Pemuda ISMA ini juga menggerakkan bantuan asas yang diagihkan setiap bulan di seluruh Malaysia.

“Justeru, kami menjemput mana-mana pemuda gagah perkasa yang prihatin untuk turut serta bersama dengan skuad Relawan Muda oleh Pemuda ISMA,” katanya.

Orang ramai yang berminat untuk menjadi sukarelawan di bawah skuad Relawan Muda boleh menghubungi En Aizat di talian 013-4129415 untuk informasi lanjut.

“Kami juga mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai untuk menyumbang melalui Yayasan Maghfirah dan Aman Palestin,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button