Berita UtamaDunia

Sudan temui beberapa kubur besar haram

Siasat individu hilang sejak awal tunjuk perasaan Disember 2018

KHARTOUM, 26 Rabiulawal 1442H, Khamis – Pihak berkuasa Sudan menemui beberapa kubur besar ketika melakukan satu siasatan, dakwa pendakwa raya Taj Alsir.

Pejabat Pendakwa Raya Umum dalam satu kenyataan berkata, sebuah jawatankuasa penyiasatan yang dibentuk oleh Peguam Negara telah menemui kubur besar dipercayai mangsa pembunuhan, namun tidak mendedahkan jumlah mayat.

“Kami mengesahkan bahawa orang yang hilang telah dibunuh dan dikebumikan secara haram.

“Bagaimanapun, orang awam dilarang mengunjungi kawasan-kawasan yang disyaki sementara siasatan akan diteruskan ke atas mayat melalui penyelidikan DNA bagi mengenal pasti identiti mereka, “ katanya.

Sementara itu, jawatankuasa siasatan terbabit menegaskan bahawa mereka akan meneruskan siasatan terhadap individu yang hilang sejak awal tunjuk perasaan di seluruh negara pada Disember 2018.

Puluhan penunjuk perasaan hilang setelah pembunuhan beramai-ramai pada 3 Jun 2019 di hadapan markas tentera di Khartoum susulan penggulingan bekas pemimpin Omar al-Bashir.

Kerajaan Sudan menemui sebuah kubur besar dipenuhi dengan pegawai tentera yang dituduh melakukan rampasan kuasa tentera terhadap Omar pada 1990, manakala sebuah kubur besar lagi yang dipenuhi pelajar tentera ditemui pada 1998. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button