Dunia

7 maut helikopter PBB terhempas di Mesir

Pihak berkuasa belum beri kenyataan terperinci mengenai kejadian

KAHERAH, 27 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Sekurang-kurangnya tujuh maut dalam insiden helikopter Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhempas di Mesir, berhampiran sempadan Israel. 

Perbadanan Penyiaran Israel melaporkan kejadian itu berlaku di Sinai, timur laut Mesir pada Khamis. 

Setakat ini, tiada perincian lanjut terhadap punca kejadian berkenaan. 

Bagaimanapun, sumber yang dipetik berkata, pemindahan mangsa cedera ke Hospital Perubatan Soroka di bandar Beersheba, Israel dibatalkan setelah ada di antara mereka dilaporkan meninggal dunia.

“Mangsa yang cedera ringan hanya mendapatkan rawatan di lokasi kejadian,” dakwa sumber. 

Sehingga kini juga, pihak berkuasa Mesir masih belum mengulas mengenai kejadian itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button