Berita UtamaDunia

Arab Saudi negara pertama terima vaksin COVID-19

Bakal terima bekalan 2 atau 3 vaksin capai tahap akhir ujian klinikal

JEDDAH, 27 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Arab Saudi menandatangani satu perjanjian bagi menerima bekalan awal dua atau tiga vaksin COVID-19 berbeza, yang telah mencapai tahap akhir ujian klinikal.

Penolong Timbalan Menteri Pencegahan Kesihatan, Abdullah Al-Assiri berkata, ia sekali gus menjadikannya sebagai negara pertama menerima vaksin coronavirus.

Sementara itu, jumlah kes harian COVID-19 di Arab Saudi adalah sebanyak 394.

Jumlah itu menurun 400 kes daripada hari sebelumnya.

Selain itu, angka pulih turut meningkat kepada 338,708 daripada 351,849 kes disahkan.

Jumlah kematian di negara itu mencecah 5,590 orang termasuk 14 angka maut baharu.

Riyadh mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi iaitu 58 kes, diikuti Madinah (44) dan Makkah (29).

Menurut Kementerian Kesihatan, terdapat 7,557 kes aktif dan 786 daripadaya adalah kritikal.

Dalam 24 jam terakhir, 62.922 ujian saringan COVID-19 telah dijalankan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button