Berita Utama

Ingat! Melayu tak lemah, kita penduduk asal tanah air ini

Ramai tak ambil peduli kedudukan agama, hak bangsa

BANGI, 27 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Agenda memperkasakan Islam dapat dicapai sekiranya orang Melayu bangkit dengan semangat baru tanpa perlu berasa apologetik kepada bangsa lain.

Dari perspektif Tanah Melayu – dengan sejarah dan bukti-bukti arkeologi – jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayu dan Bumiputera lainnya adalah penduduk asal Semenanjung Tanah Melayu atau dikenali sebagai Malaysia hari ini.

Dengan bukti kajian ini, bangsa Melayu sepatutnya bangga dan bersikap lebih agresif dari segi produktiviti dalam sektor ekonomi dan juga jati diri kerana pembuktian kewujudan orang Melayu itu sebagai penaik semangat dan memberi keyakinan diri.

Namun malangnya, apabila orang Melayu tidak terlepas daripada dimanipulasi oleh mereka yang memutar belitkan fakta – kemudiannya menyebabkan sikap sebahagian bangsa majoriti ini sering kali merasa rendah diri dan lemah di hadapan bangsa lain.

Lantaran itu, Ketua Media Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Haji Rashidi Haris menyarankan agar perbezaan fahaman diketepikan dengan meletakkan kenegaraan yang Islamik itu sebagai matlamat utama.

Menerusi satu kenyataan, beliau menjelaskan bahawa matlamat itu membabitkan setiap kumpulan baik daripada parti politik, pertubuhan Islam bukan kerajaan, hatta kakitangan kerajaan itu sendiri jika mahu menjayakan negara Melayu Islam.

“Kemelut politik dalam negara sedikit sebanyak menimbulkan juga persoalan apakah bentuk pemikiran umat Islam Melayu berkaitan pemerintahan yang dikuasai oleh bukan Islam dan bukan Melayu?

“Untuk ini, MUAFAKAT amat risau dan bimbang dengan bentuk pemikiran terutama di kalangan anak muda.

“Rata-rata menunjukkan sudah tidak mengambil peduli, ini berkaitan kedudukan agama dan kemandirian bangsa,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button