Putaran roda hina Agong takkan berakhir selagi UMANY wujud!
Haramkan, siasat UMANY tanpa sebarang campur tangan politik

BANGI, 27 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Meminta maaf selepas puas melakukan kerosakan bukanlah suatu perkara asing bagi pertubuhan seperti Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY) yang menjadikan perkara tersebut sebagai modus operandi mereka.
Putaran roda sedemikian dijangka tidak akan berakhir selagi pertubuhan dipercayai pro-DAP itu masih wujud di muka bumi Malaysia.
Atas dasar itu, Ketua Angkatan Pemuda Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (ANGKASA), Hazwan Mohamad mendesak, supaya UMANY diharamkan serta dibatalkan pendaftarannya.
Beliau juga berharap, penggerak UMANY disiasat dan didakwa secara telus tanpa sebarang campur tangan politik atas segala permasalahan telah ditimbulkan.
“Sebab itu saya tidak gemar melihat persatuan mahasiswa yang hanya menuntut agar UMANY ini tarik balik kenyataan dan mohon maaf sahaja.
“UMANY perlu diharamkan, dibatalkan pendaftarannya. Dan penggeraknya perlu disiasat dan didakwa setelus-telusnya. Kerana bukan kali pertama mereka membuat onar.
“Isu UMANY sudah ada perkembangan positif nampaknya bila salah seorang penggeraknya sudah di soal siasat dan akan didakwa,” katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, Hazwan menyatakan, rasa bangga terhadap Kelab Mahasiswa Berjasa (WIBAWA) diketuai Azrul Azham selaku Presiden sertai saf kepimpinannya yang begitu tegas ‘melawan’ UMANY.
“Beliau pernah bagi tahu saya, beliau dan WIBAWA akan lawan sehingga UMANY tersungkur di pintu Universiti Malaya dan di muka bumi Malaysia.
“Begitulah hebatnya bila bersama dengan agenda yang besar, maka jiwanya juga akan menjadi besar.
“Lebih enam laporan polis di seluruh Malaysia dari WIBAWA dan juga saya dapat tahu hasil gerakan WIBAWA ini telah mengaspirasi ramai lagi persatuan mahasiswa menentang UMANY,” katanya lagi.