Raja Salman sokong rakyat Yaman tuntut kembali kemerdekaan
Gesa komuniti antarabangsa berhenti dapatkan senjata pemusnah

RIYADH, 27 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud mengulangi pendirian menyokong rakyat Yaman untuk menuntut kembali kemerdekaan dan kedaulatan negara mereka.
Ketika berucap pada pembukaan sesi Majlis Syura kelapan kelmarin, baginda mengecam pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh militan Houthi yang disokong oleh Iran.
Kumpulan militan itu melancarkan perangkap dron dan peluru berpandu balistik ke arah orang awam di kerajaan tersebut.
“Kerajaan menegaskan bahayanya projek kawasan oleh rejim Iran, dan kami menolak campur tangan dalam urusan dalaman serta dukungan terhadap keganasan, ekstremisme dan sektarianisme,” tegasnya.
Pada masa sama, Raja Salman meminta masyarakat antarabangsa untuk mengambil sikap tegas terhadap Iran.
Baginda turut mendesak supaya berhenti memperoleh senjata pemusnah besar-besaran, membangunkan program peluru berpandu balistik serta mengancam keamanan. – Agensi