Berita UtamaDunia

Umat Islam di Australia kembali tunaikan solat Jumaat

Patuh penjarakan sosial, bawa sejadah masing-masing

ANKARA, 27 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Umat Islam di Australia kembali menunaikan solat Jumaat berjemaah buat pertama kali sejak Mac, lapor Agensi Anadolu.

Solat Jumaat di Masjid Meadow Heights, Melbourne itu dilaksanakan dengan mematuhi langkah penjarakan sosial.

Kali terakhir masjid berkenaan mengadakan solat Jumaat pada 13 Mac lalu, sebelum ia ditangguhkan sementara berikutan pandemik COVID-19.

Meadow Heights adalah antara kawasan berpenduduk padat di Melbourne.

Seramai 50 jemaah dibenarkan dan dipimpin oleh sekurang-kurangnya lima imam yang berbeza.

Jemaah perlu membawa sejadah masing-masing dan mematuhi jarak fizikal.

Penutupan masjid pada Mac itu adalah yang pertama kali dalam sejarah Australia.

“Ia belum pernah terjadi sebelum ini. Tetapi memandangkan kepada situasi sekarang langkah itu perlu dilakukan,” kata imam kanan asjid Al Rahman Yahya Adel Ibrahim kepada SBS News.

Australia melaporkan sekitar 27,7000 kes COVID-19 sejak pandemik itu menular, termasuk 907 kematian. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button