Dunia

Zionis tangkap 466 rakyat Palestin pada Oktober

63 kanak-kanak, 16 wanita antara sasaran rejim pengganas Israel

RAMALLAH, 27 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Tentera rejim pengganas Israel menahan 466 rakyat Palestin, termasuk 63 kanak-kanak dan 16 wanita pada bulan Oktober, menurut kenyataan bersama kumpulan hak asasi Palestin. 

Kumpulan itu berkata, 200 rakyat Palestin ditahan dari Baitulmaqdis yang dijajah, 70 (wilayah Hebron), 34 (Ramallah) dan bakinya adalah dari kawasan berlainan di Tebing Barat.

Antara mereka yang ditahan, lima daripadanya juga berasal dari wilayah Gaza yang dikepung, kata kenyataan itu. 

Sehingga kini, kira-kira 4,500 rakyat Palestin dipenjarakan di Israel termasuk 40 wanita, 170 kanak-kanak dan 370 lagi ditangkap atas dasar penahanan pentadbiran Israel tanpa pertuduhan atau perbicaraan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button