Berita UtamaDunia

Algeria pertimbang laksana semula hukuman mati

Perangi jenayah culik, bunuh kanak-kanak makin meningkat

ALGIERS, 28 Rabiulawal 1442H, Sabtu – Algeria mempertimbangkan untuk melaksanakan kembali hukuman mati bagi beberapa jenis jenayah, 25 tahun setelah menghentikan hukuman tersebut.

Menteri Kehakiman, Belkacem Zaghmati berkata, perbincangan sedang berlangsung mengenai rancangan undang-undang untuk memerangi jenayah penculikan kanak-kanak, menurut pernyataan Majlis Rakyat Nasional (Dewan Pertama Parlimen).

Zaghmati berkata: “Kami akan melaksanakan semula hukuman mati (seperti yang ditentukan oleh undang-undang). Jangan terkejut jika hukuman ini diterapkan di masa depan jika perlu.”

Menteri itu menegaskan, Algeria adalah negara yang berdaulat dan bebas untuk menjatuhkan hukuman mati. 

“Tidak ada keberatan baik di pihak kerajaan mahupun global untuk melaksanakannya,” merujuk pada tekanan yang diberikan oleh organisasi hak asasi manusia antarabangsa untuk menghapuskan hukuman mati.

Beliau menegaskan, Algeria belum menandatangani atau meratifikasi perjanjian antarabangsa yang melarang penggunaan hukuman mati. 

“Sekiranya perlu, hukuman mati akan dilanjutkan,” kata menteri itu.

Syor ini muncul setelah Algeria menyaksikan peningkatan insiden penculikan dan pembunuhan kanak-kanak serta remaja hingga mendorong pihak berkuasa untuk membuat undang-undang baharu bagi mencegah pelaku jenayah ini.

Algeria menangguhkan hukuman mati pada tahun 1993 ekoran dakwaan daripada pihak dalam negara dan antarabangsa bahawa pihak berkuasa menggunakannya untuk membalas dendam terhadap pihak lawan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button