Berita Utama

Gempa bumi sederhana berdekatan Banda Acheh, Indonesia

Gempa sederhana dilaporkan berukuran 5.3 pada skala Richter

KUALA LUMPUR, 28 Rabiulawal 1442H, Sabtu – Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia pada 2.33 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata gempa itu berlaku kira-kira 69 kilometer (km) ke timur dari Banda Acheh pada kedalaman 72 km.

Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu MetMalaysia mengeluarkan nasihat mengenai taufan (VAMCO) yang berada di kedudukan 1,118 km ke barat laut Kudat di Sabah.

Jabatan itu memaklumkan kedudukan ribut berkenaan berada kira-kira 398 km ke tenggara Da Nang, Vietnam.

“Berdasarkan pencerapan pada 5 pagi ini, angin taufan itu bergerak ke arah barat dengan kelajuan 20 km sejam (km/j) dan boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 126 km/j.

“Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” kata kenyataan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button