Berita Utama

LUAS kesan pencemaran bau di Rawang

Tiada henti tugas LRA atau gangguan bekalan air

RAWANG, 28 Rabiulawal 1442H, Sabtu – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah mengesan bau di udara berhampiran kawasan Perumahan Saujana, Rawang lebih kurang jam 12.00 tengah malam tadi semasa pemantauan Ops Sumber Air.

LUAS dalam satu kenyataan berkata, pihaknya dan AIR Selangor telah membuat pensampelan bau air Sungai Kundang berhampiran taman tersebut dan mengesan bau sebanyak empat TON.

“LUAS bersama Air Selangor telah membuat siasatan di kawasan Taman Velox dan mendapati kawasan takungan bersebelahan longkang berhampiran LRK IWK telah melimpah, disyaki bocor berkemungkinan disebabkan hujan lebat di sekitar kawasan berhampiran.

“LUAS dan Air Selangor mengambil tindakan pantas dengan meletakkan 14 beg Activated Carbon (AC) di aliran keluar dan di dalam takungan kawasan yang disyaki di kawasan longkang berhampiran LRK IWK,” kata LUAS di laman Facebook.

Katanya, pihak IWK sedang melaksanakan tindakan pembersihan dan kawalan di kawasan berkenaan.

“Tiada henti tugas LRA dan gangguan bekalan air dilaporkan. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke masa,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button