Berita Utama

Terjejas COVID-19, ANGKASA salur bantuan makanan asas

Hampir 60 keluarga di Sepang hilang punca pendapatan

BANGI, 28 Rabiulawal 1442H, Sabtu – Memahami kesusahan yang dihadapi rakyat ketika ini, Angkatan Pemuda Pemudi BERJASA (ANGKASA) salur bantuan kepada keluarga yang terjejas akibat COVID-19.

Ketuanya, Hazwan Mohamad berkata, hampir 60 keluarga terjejas di daerah Sepang menerima bantuan bekalan barangan asas seperti beras dan telur.

Katanya, serahan bantuan itu juga adalah dengan kerjasama Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) Parlimen Sepang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Nadi Rakyat.

“Rata-rata yang kami temui ada yang hilang punca pendapatan akibat dibuang kerja.

“Ada yang bergantung harap pada bantuan kebajikan masyarakat dan anak-anak yang baru sahaja memulakan pekerjaan.

“Semoga sedikit bantuan asas ini memberikan kelegaan buat ibu-ibu, ayah-ayah sekalian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button