Berita Utama

PKN Negeri Sembilan nafi terima dana RM8.6 juta

Kenyataan Ketua Pemuda DAP Perak, Anwar Ibrahim tak tepat

BANGI, 29 Rabiulawal 1442H, Ahad – Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Sembilan menafikan badan bukan kerajaan (NGO) itu menerima dana sebanyak RM8.6 juta daripada kerajaan Persekutuan.

Pengerusinya, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, kenyataan Ketua Pemuda DAP Perak serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membangkitkan isu dan tuduhan itu di dalam Parlimen adalah tidak tepat.

Mohd Nazree berkata, PKN adalah sebuah NGO, manakala Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) bersifat pentadbiran di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“… yang bertujuan membantu orang awam dalam sesuatu komuniti untuk bergiat aktif dalam kegiatan yang mendukung Dasar Komuniti Negara yang telah diluluskan oleh Kabinet pada 23 November 2018.

“… bermatlamat untuk mendaya komuniti di bawah KPKT yang telah dilancarkan pada 17 Februari 2019 oleh YAB Perdana Menteri pada ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pemuda DAP Perak, Steven Chaw bersama pucuk pimpinan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Perak serta Pemuda Pakatan Harapan (PH) Perak membuat laporan polis berhubung dana RM8.6 Juta kepada pertubuhan itu

Dakwa laporan berkenaan, dana itu kemudian diagihkan kepada 11 orang ahli jawatankuasa, dengan setiap seorang menerima RM780,000.

Terbaharu, PKN pada Jumaat membuat laporan polis berikutan dakwaan Steven berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button