Berita UtamaDunia

Penduduk Jordan bantah perjanjian air, tenaga elektrik dengan Israel

Tidak mahu Jordan jalin hubungan diplomatik dengan rejim Zionis

AMMAN, 23 Rabiulakhir 1443H, AhadRatusan rakyat Jordan berhimpun di bandar utama bagi menyuarakan bantahan terhadap perjanjian air, tenaga elektrik yang dimeterai antara Jordan dan negara haram Israel.

Penunjuk perasaan menyuarakan bantahan terhadap sebarang hubungan diplomatik dengan Israel ketika rejim Zionis terus menjajah wilayah Palestin.

Beberapa pihak turut mengeluarkan amaran perjanjian itu akan memaksa Jordan bergantung sepenuhnya kepada Israel dan ‘dijajah’ secara tidak langsung.

Sekiranya perjanjian itu dilaksanakan, ia bakal menjadi projek kerjasama paling besar sejak negara berkenaan menandatangani perjanjian damai kira-kira 27 tahun lalu.

Menerusi perjanjian itu, Jordan bakal menerima 200 juta meter padu air laut yang disuling daripada Israel sebagai pertukaran bagi 600 megawatt tenaga elektrik dijana dari loji tenaga solar yang dibiaya Emiriah Arab Bersatu (UAE) di negara itu.

Dokumen berhubung projek itu dilaporkan ditandatangani antara Menteri Air Jordan, Mohammed al Najjar; Menteri Tenaga Israel, Karine Elharrar dan Menteri Luar UAE, Abdullah bin Zayed sambil disaksikan oleh Utusan Khas Iklim Amerika Syarikat (AS), John Kerry, Isnin lalu.

Sementara itu, seorang Ahli Parlimen di Jordan, Saleh al-Armouti mengecam perjanjian itu menegaskan beliau tidak mempercayai Israel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button