Berita Utama

Tan Sri Zaleha meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 29 Rabiulawal 1442H, Ahad  — Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Zaleha Ismail, 84, meninggal dunia pada pukul 8.15 malam tadi kerana mengalami pelbagai komplikasi kesihatan.

Adik ipar Allahyarham, Abdul Aziz Shahrin, 60, ketika dihubungi Bernama mengesahkan Allahyarham meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, setelah mengalami sesak nafas pada jam 6 petang. .

“Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Salahuddin Al-Ayubbi, Taman Melati di sini pada 9 pagi hari ini untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu kota di sini,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Allahyarham antaranya pernah menjawat jawatan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pada 1995 serta Timbalan Menteri Pengangkutan pada tahun yang sama.

Selain itu, Allahyarham pernah dilantik sebagai Naib Ketua Wanita UMNO pada tahun 1976 sehingga 1980 dan Ketua Wanita UMNO Kuala Lumpur pada tahun 1977 sehingga 1978. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button