Berita UtamaDunia

Tanaqqol mudahkan jemaah tempah kenderaan elektrik

Bayaran boleh dilakukan secara dalam talian atau tunai

MAKKAH, 29 Rabiulawal 1442H, Ahad – Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci telah menyediakan aplikasi Tanaqqol bagi para jemaah menempah kenderaan elektrik dan kereta melalui telefon pintar.

Kenderaan itu ditempah sebagai kemudahan melakukan Tawaf dan Sai’e antara Safa dan Marwah di Masjidil Haram, Makkah.

Pengguna boleh membuat tempahan awal bagi mengurangkan kesesakan di kaunter penjualan tiket dan penyerahan kereta melalui aplikasi itu.

Menerusi perkhidmatan dijalankan sepanjang masa itu juga, pengguna boleh melakukan pembayaran sama ada secara dalam talian mahupun tunai ketika menerima kenderaan.

Malah, aplikasi berkenaan bertindak balas secara cepat dan efektif.

Pemohon yang melakukan permohonan secara dalam talian melalui Tanaqqol hanya perlu mengisi nama, kad pengenalan, warganegara, nombor iqama bagi sesuatu kawasan serta nombor telefon bimbit.

Pengguna akan menerima teks mesej pengesahan, tarikh dan masa, serta nama pengguna troli.

Setakat ini, seramai 2,000 telah mendapat manfaat dari aplikasi berkenaan. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button