Berita Utama

Istiqamah dalam isu halal, haram dengan dahulukan BMF!

Tak logik seorang muslim hidang sesuatu haram pada pelanggan

BANGI, 30 Rabiulawal 1442H, Isnin – Umat Islam di negara ini diingatkan untuk sentiasa istiqamah dalam isu halal dan haram dengan mengutamakan barangan keluaran muslim.

Buy Muslim First (BMF) wajar diberikan keutamaan kerana tidak logik seorang muslim akan menghidangkan sesuatu yang haram kepada pelanggannya.

Secara lumrahnya, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menegaskan, umat Islam mempunyai perasaan geli terhadap bahan-bahan makanan yang haram.

Lebih-lebih lagi, tambah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, apabila bahan makanan haram dimasak dan dihidang untuk dijual.

“Lagi pun, pertimbangan seorang muslim adalah dosa dan pahala. Sesuatu yang haram adalah perkara yang membawa kepada dosa.

“Di mana logiknya seorang muslim akan menghidangkan sesuatu yang haram kepada pelanggannya?

“Maka, utamakan produk muslim dalam kehidupan kita kerana pasti banyak kebaikannya. InsyaAllah. Amalkan BMF dengan penuh keyakinan, “ katanya dalam satu kenyataan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button