Kolumnis

Mi kari babi: Lama dah makan babi?

Tak mustahil dialami jika kerajaan tidak bertegas ke atas mereka

TIDAK mustahil, suatu hari nanti, saban hari kita makan babi, jika kerajaan tidak bertegas ke atas mereka yang berperangai seperti babi.

Setiap kali, bila ada serbuan, ke premis makanan ultra kiasu, ada sahaja yang tidak kena. Kotorlah, ada bahan asinglah, ada babilah dan lain-lain lagi, sedangkan logo halal telah diperolehi.

Kita pun tidak tahu, sejauh mana pemantauan dibuat setelah sijil halal diberikan. Sedangkan bagi mendapatkan sijil halal dan logo halal, bukan mudah. Mereka perlu melalui berbagai proses, seperti premis, kebersihan dan kesucian yang perlu dipatuhi. Islam bukan setakat bersih, tetapi suci. Bersih di mata tidak cukup, suci itu perlu difahami.

Maknanya ultra kiasu tahu apa itu halal, bersih dan suci. Namun, sengaja mereka mencampurkan babi, bagi tujuan merosakkan kita semua. Harga babi sekilo bukannya murah, tergamak mereka, mencampurkan babi. Kalau bukan busuk hati, busuk perut, apa lagi istilah yang bole diberikan.

Ultra kiasu ini amat licik, bagi melariskan makanan, mereka akan gunakan pekerja-pekerja Melayu (juga Indonesia), terutama yang bertudung di barisan hadapan. Maka, berpusu-pusulah kita membelinya, macam sudah tidak ada makanan lain yang sedap di dunia ini. Walhal, ia hanya sekadar makan. Bukan, soal hidup atau mati.

Peliknya, tanpa logo halal pun, orang Melayu Islam pergi juga makan.

Jangan pergi jauh pergi sahaja ke Ampang Points, berapa banyak kedai makanan Taiwan dan Korea, tanpa sijil halal. Berpusu-pusu orang Melayu pergi makan berbanding orang bukan Melayu

Nak buat macam mana dengan Melayu Islam ini. Mereka tahu, kedai makanan itu, was-was, mereka pergi dan masuk juga. Sedap konon.

Yang lagi hebat, logo halal ini ada tulisan Jawi, mereka begitu tegar menentang tulisan Jawi. Bila tiba bab ekonomi dan duit, mereka sanggup lakukan apa sahaja, asalkan boleh kaya.

Dahulu, bukan sahaja babi, katak pun ada dalam makanan mereka. Kita tidak pernah serik, kita terus juga pergi ke restoran tersebut, tanpa rasa bersalah.

Kita sudah letih memperkatakan isu yang sama.

Ini tidak lagi tulisan saya mengenai ladang babi, najis babi yang disalurkan ke sungai, pencemaran bau babi dan lain-lain berkaitan babi.

Paling hebat, pemakan babi tempatan tidak pula ramai, tetapi kita menjadi pengeksport babi. Babi tidak diternak di kawasan mereka, tetapi di kawasan majoriti Melayu. Dengarlah keluhan orang Melayu di Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan lain-lain.

Jika tidak dipantau, tidak mustahil, hari-hari sebenarnya kita makan babi, disebabkan ada manusia berperangai seperti babi.

Makan babi, berniaga babi, campur tangan babi dalam makanan. Apa tujuannya?

Justeru, apa perlu dilakukan terhadap babi-babi ini.

Pertama, kerajaan mesti bertegas. Tiada maaf bagimu. Mereka yang khianat sengaja meletakkan babi dalam makanan, memperalatkan sijil halal, mesti dikenakan tindakan yang berat.

Undang-undang yang lebih berat mesti dikenakan.

Kedua, industri penternakan babi, pemprosesan dan pemasaran babi mesti dipantau secara tuntas. Kenapa biarkan penternakan berleluasa sedangkan pemakan tegar babi tidak ramai.

Majoriti penduduk negara ini adalah orang Islam, tetapi penternakan lembu dan kambing tidak pula sehebat babi. Lagipun tidak semua orang Cina makan babi.

Jadi, apa guna babi diternak sebegitu banyak dalam skala besar, jika bukan kerana mahukan keuntungan berlipat ganda.

Ketiga, insiden ini mengingatkan kita, bahawa umat Islam mesti menguasai kegiatan ekonomi, terutama industri makanan. Selagi ekonomi tidak dikuasai oleh orang Islam, tidak mustahil hari hari kita akan makan makanan tidak halal.

Justeru, insentif mesti digalakkan bagi memperbanyakkan orang Islam terlibat dalam industri makanan.

Kempen Buy Muslim First (BMF) mesti dilipatkan gandakan. Bukan bertujuan untuk menganiaya orang lain, tetapi mengajar kebusukan hati ultra kiasu yang berperangai babi yang sengaja memasukkan babi dalam makanan, dengan memperalatkan sijil halal.

Keempat, penguatkuasaan hendaklah dilakukan setiap hari, dalam kapasiti yang ada, untuk memantai setiap premis makanan ultra kiasu. Pihak berkuasa tidak hanya boleh bertindak berasaskan aduan.

Serbuan daripada masa ke semasa mesti dilakukan.

Contohilah, Ketua Polis Johor, yang begitu berintegriti, sentiasa operasi sana sini bagi dalam ruang lingkup tanggungjawab kepolisan, bagi memastikan negeri di bawah seliaannya terjaga. Kita begitu teruja dengar, apabila polis Johor, mendahului negeri lain, dalam operasi pemandu mabuk.

Jika ramai anggota polis seperti Ketua Polis Johor, In shaa Allah, selamat negara ini daripada ancaman jenayah, dadah, maksiat dan sebagainya.

Kelima, kepada umat Islam yang begitu obses dengan kedai Taiwan dan Korea, jika tidak ada sijil halal JAKIM, berpada-padalah dalam soal makan. Banyak lagi makanan lain yang ada, bukannya darurat. Bersih dan suci bukannya “pork free”. Pork free bukan maknanya taka da pork.

Bagaimana nak pastikan pork free jika perangai seperti pork (pig).

Ingat, kedai makan pork free biasanya di miliki oleh mereka yang tidak mahu mohon sijil halal JAKIM. Pada ultra kiasu ini menyusahkan dan membazir.

Namun, ultra kiasu ini sedar, sebahagian besar pelanggannya adalah orang Melayu. Maka, logo pork free atau no pork ditampal.

Kita pun terpengaruh. Asalnya sedap, masuk tanpa was-was. Wal hal, keadaan sebenarnya tidak halal. Jika yang ada sijil halal pun, berani buat tidak halal. Apatah lagi kedai makan pork free.

Kita begitu teruja apabila nampak pekerja wanita bertudung di kedai makan pork free.

Bersih dan suci bukan sekadar tidak ada babi. Tetapi termasuk juga perangai seperti babi, seperti adanya cooking wine, ayam yang di guna di ragui sembelihan dan sebagainya.

Akhirnya, saya merayu kepada umat Islam, boikot restoran yang khianat dan sengaja menggunakan bahan berkaitan babi.

Tidak dinafikan ada restoran bukan Islam yang baik, tidak ultra kiasu, menjaga amanah halal itu, maka, saya tidak ada halangan.

Dalam hidup ini sentiasa ada pilihan. Ingat, kita adalah apa yang kita makan. Jangan salahkan orang lain, apabila hati menjadi buta, akibat terlalu banyak menelan babi.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button