Berita Utama

BERJASA ucap takziah pemergian Ahli Parlimen Gerik

'Semoga roh beliau dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh'

BANGI, 30 Rabiulawal 1442H, Isnin – Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Parlimen Gerik, Allahyarham Datuk Hasbullah Osman atas pemergiannya petang tadi. 

“Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Hasbullah Osman, Ahli Parlimen Gerik yang baru sahaja meninggal dunia di Raub sebentar tadi. 

“Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Allahyarham disahkan meninggal dunia kerana sakit jantung di Hospital Raub, Pahang, petang tadi.

Allahyarham yang dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada 11 Mei lalu, menyandang kerusi Parlimen Gerik sejak 2004, selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temenggor selama dua penggal antara 2004 hingga 2013.

Dalam pilihan raya umum (PRU) lalu, Allahyarham mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen Gerik selepas menang dengan majoriti 5,528 dalam saingan tiga penjuru menewaskan calon PAS, Mohd Dahalan Ismail dan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Ibrahim Mohd Hanafiah.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button