Berita Utama

DAP anjur program bersama UiTM?

Gabungan Persatuan Alumni UiTM sifat ada agenda tersirat

BANGI, 30 Rabiulawal 1442H, Isnin – Gabungan Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) kesal penggunaan nama universiti itu dalam penganjuran Madah #DAPMUDA: UiTM dan DAP.

Menurut gabungan itu, program tersebut jelas sekali mempunyai agenda yang tersirat serta tidak mencerminkan aspirasi serta suara majoriti Alumni UiTM.

Berdasarkan poster porgram, acara itu akan diadakan pada 18 November ini.

Ia disertai oleh empat bekas graduan UiTM dan kini memegang jawatan dalam DAP.

Mereka ialah Setiausaha DAPSY, Farhan Haziq; Nur Rahim Nasir (AJK DAP Kg Tunku-SS1); Aslam Ramli (AJK DAP Kg Tunku SS1) dan Ahmad Afiq (SU Publisiti DAP Kg Tunku SS1).

Berikutan itu, gabungan tersebut mempertahan dan menyelar sebarang usaha untuk mengheret UiTM dalam agenda pihak-pihak tertentu.

“Semua pihak perlu sedar UiTM sebagai institusi pengajian tinggi Bumiputera yang ditubuhkan bertujuan menyediakan peluang pendidikan tinggi dan profesional para Bumiputera.

“Kepada alumni terbabit, mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk menjaga nama dan imej UiTM.

“Kami menyeru mereka tidak mudah terpedaya dengan pihak yang berkepentingan,” katanya seperti dipetik Malaysia Gazette hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button