Mesir pamer lebih 100 keranda Dinasti ke-26 tahun depan
Keranda berusia 2,500 penemuan terbesar tahun ini

CAIRO, 30 Rabiulawal 1442H, Isnin – Lebih daripada 100 keranda berusia 2,500 dipamerkan dalam penemuan terbaharu dan terbesar tahun ini di tanah perkuburan Saqqara Necropolis, Mesir.
Setiausaha Jeneral Majlis Tertinggi Antik, Mostafa Waziri berkata, keranda Dinasti ke-26 yang tertutup rapat, dicat dan terpelihara dengan baik itu lebih berkualiti berbanding penemuan sebelumnya.
Katanya, keadaan keranda itu membuktikan bahawa pemiliknya tergolong dalam keluarga berpangkat tinggi.
Mostafa berkata, sebanyak 59 keranda digali pada bulan Ogos di tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu.
Beliau menjangka lebih banyak harta akan dijumpai di tempat sama.
Keranda yang baharu ditemui termasuk mumia serta artifak berkaitan akan dipamerkan di Grand Egytian Museum, yang dijangka dibuka tahun depan. -Agensi