Berita UtamaDunia

Palestin kecam lawatan Pompeo ke Israel

Setiausaha Negara AS rancang kunjung Tebing Barat, Dataran Tinggi Golan

RAMALLAH, 30 Rabiulawal 1442H, Isnin – Pihak berkuasa Palestin (PA) mengecam lawatan dirancang oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo ke penempatan haram Israel di Tebing Barat yang diduduki.

PA menyifatkan lawatan itu adalah satu bentuk provokasi kepada rakyat dan kepimpinan Palestin.

Jurucakap PA, Nabil Abu Rudeineh berkata, Pompeo secara terang-terangan mengabaikan resolusi antarabangsa yang diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) iaitu Konflik Israel-Palestin (Resolusi 2334)

Nabil turut mendakwa pentadbiran AS sebagai sekutu Israel dalam penjajahan tanah Palestin.

Menurut laman web baharu Axios AS, Pompeo berhasrat mengunjungi penempatan haram Israel pada minggu hadapan termasuk di Tebing Barat dan Dataran Tinggi Golan, Syria.

Sekiranya rancangan itu tercapai, ia akan menjadi lawatan pertama Setiausaha Negara AS ke penempatan haram di dua-dua negeri atau kawasan itu yang dijajah Israel sejak Perang Timur Tengah 1967. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button