Berita UtamaPendapat

Orang Melayu perlu lebih banyak bermain trampoline!

Tingkatkan keyakinan diri, lonjak potensi, beri kelegaan jiwa

1. ORANG Melayu kita jarang main trampoline, jadi mungkin agak kurang biasa atau selesa dengan terminologi ini

2. Saya pernah memperkenalkan permainan ini kepada anak-anak ketika mereka masih kecil, dan mereka sangat menyukainya

3. Saya tertanya-tanya apakah rahsianya? Sehinggalah suatu hari saya mencubanya sendiri. Ternyata ia pengalaman yang mengujakan.

4. Barulah saya faham ramai orang sangat sukakan trampoline kerana ia memberikan ‘kuasa tambahan’ kepada semua orang yang bersamanya, meningkatkan keyakinan diri, melonjakkan potensi, memberikan kelegaan jiwa serta memberikan peluang untuk kita melihat dunia dari perspektif lebih tinggi

5. Semakin kuat kita memijaknya, semakin tinggi ia akan melonjakkan diri kita. Trampoline tidak pernah gagal meningkatkan potensi dan kedudukan kita, walaupun yang kita beri kepadanya hanyalah beban-beban.

Ia sentiasa sabar dan konsisten menyerap tekanan, dan terus membalasnya dengan perubahan yang positif

6. Sungguh, kita sebagai pemimpin hari ini perlu menjadi persis trampoline. Agar disukai dan disayangi semua. Dan kehilangan kita akan dirindui warga. 

7. Orang Melayu kita perlu lebih banyak bermain trampoline!

Ir. Ts. Lukman Al Hakim
Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button