Berita Utama

Salah guna cap sempadan: Polis cari 2 lelaki bantu siasatan

Orang ramai ada maklumat boleh hubungi penolong penguasa SPRM

BANGI, 1 Rabiulakhir 1442H, Selasa – Dua lelaki dikesan bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan berkata, lelaki pertama dicari dikenali sebagai Yuen Hon Loong, 49.

Individu terbabit mempunyai dua alamat terakhir di No.27 Jalan Kota 12 Taman Kota 83700 Yong Peng, Johor dan No 13A Jalan PJS 1/32, Batu 6 1/2 Jalan Klang Lama, 46000 Petaling Jaya, Selangor.

Manakala lelaki kedua, Teo Hun Siang, 36, mempunyai tiga alamat terakhir di 3-2 Residensi Sultan Ismail, No 12 Jalan Sultan Ismail 50250 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, No 803 Pekan Baru Juasseh 72500 Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan 77-19-3A Sri Emas Condominium Jalan Hang Isap Off Jalan Galloway, 50150 Kuala Lumpur.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Muhamad Hairi Mustafa Kamal di talian 014-3042195/ 03-88700512 atau e-mel ke alamat [email protected],” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button