Berita Utama

Bantuan khas RM600 buat kakitangan awam

Ia untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah

KUALA LUMPUR, 20 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM600 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini berkata bagi pesara kerajaan dan veteren tidak berpencen pula bantuan khas kewangan RM300 akan diberikan.

Katanya kedua-dua bantuan ini akan dibayar pada awal 2021.

“Sejak dilantik sebagai menteri hampir lapan bulan lalu, dan datangnya saya daripada sektor korporat, mata saya terbuka kepada betapa komitednya dan teguh setianya penjawat awam dalam menjalankan amanah yang diberi.

“Tanpa mengenal penat lelah, mereka berkhidmat melangkaui ekspektasi, and rose beyond the call of duty untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button