Berita Utama

UiTM nafi terbabit program bual bicara anjuran DAP

Tidak ada permohonan atau kelulusan diberikan kepada program

SHAH ALAM, 1 Rabiulakhir 1442H, Selasa – Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan institusi berkenaan terbabit dalam sebuah program bual bicara menerusi Facebook yang dianjurkan sayap Muda DAP Kampung Tunku esok.

Ketua Perhubungan Awam, Media dan Protokol Jabatan Komunikasi UiTM, Nora Noordin dalam kenyataan hari ini berkata, universiti itu memandang serius terhadap isu berkenaan susulan tersebarnya poster digital di media sosial mengenai program tersebut.

“UiTM memandang serius mengenai isu terbabit seolah-olah ia membabitkan universiti ini dalam penganjuran program (bual bicara) tersebut.

“UiTM dengan tegas ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa universiti ini sama sekali tidak terlibat dalam program berkenaan. Tidak ada sebarang permohonan mahupun kelulusan diberikan terhadap program itu,” katanya.

Tular di media sosial sejak semalam poster digital mengenai penganjuran program bual bicara secara maya anjuran sayap Muda DAP Kampung Tunku bertajuk ‘UiTM dan DAP?’, membabitkan beberapa alumni universiti awam itu sebagai ahli panel dan moderator. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button