Berita UtamaDunia

WHO beri amaran vaksin saja tak cukup hentikan COVID-19

Orang ramai tetap perlu diuji dan dirawat jika dijangkiti

GENEVA, 1 Rabiulakhir 1442H, Selasa – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa penggunaan vaksin kelak tidak akan menghentikan wabak COVID-19 – yang kini sudah meragut 1.32 nyawa penduduk dunia.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, bekalan vaksin sangat terhad – kerana petugas kesihatan, warga emas dan populasi berisiko lain lebih diutamakan.

Dengan cara itu, kita jangka dapat mengurangkan jumlah kematian dan memungkinkan sistem kesihatan mampu menanganinya.

“Namun, virus masih banyak ruang untuk bergerak. Pengawasan perlu terus dilakukan.

“Orang ramai masih perlu diuji, diasingkan dan dirawat, kontak masih perlu dikesan dan individu masih perlu dijaga.

“Maka, hakikatnya vaksin sahaja tidak akan mengakhiri pandemik COVID-19,” katanya.

Ketika ini kes jangkitan melonjak melebihi 54 juta di peringkat global.

Kelmarin WHO menunjukkan 660,905 kes COVID-19 dilaporkan kepada badan kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang menetapkan tanda aras tertinggi baharu.

Angka berkenaan dan 645,410 yang didaftarkan pada Jumaat, melebihi rekod tertinggi harian sebelumnya iaitu 614,013 yang direkodkan pada 7 November. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button