Berita Utama

BERJASA sedia pentas politik untuk anak muda, tolak ‘warlord’, politik wang

Penggerak parti Melayu mesti muhasabah, henti cari silap

BANGI, 2 Rabiulakhir 1442H, Rabu – Sifat keterbukaan yang tidak berprinsip akhirnya menjadikan anak muda Melayu memilih platform bangsa lain untuk ke pentas politik.

Justeru, menjadi tanggungjawab pemimpin Melayu hari ini mengingatkan anak bangsa mengenai perjuangan yang perlu dipertahankan.

Tanpa menamakan mana-mana pihak Presiden Kelab Mahasiswa BERJASA (WIBAWA), Azrul Azham berkata, dahulu pahlawan Melayu berjuang keringat menentang komunis, sebaliknya kini anak bangsa sendiri sertai komunis.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua penggerak parti politik Melayu bermuhasabah serta berhenti mencari silap.

“Inisiatif BERJASA yang menubuhkan pentas politik baharu yang menolak ‘warlord’ dan politik wang.

“Langkah ini seharusnya diangkat dengan bangganya oleh semua anak muda. Bukannya platform politik liberal,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau yakin anak muda sebenarnya mempunyai agenda dan kepentingan.

“Mempunyai sebab yang ‘kukuh’ dan ‘utuh’, namun sayangnya hak dan batil sentiasa terpisah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian dipercayai mengulas mengenai penganjuran bual bicara oleh parti cauvinis DAP – yang mencetuskan kecaman pelbagai pihak.

Terdahulu, tular di media sosial poster digital mengenai penganjuran program bual bicara secara maya anjuran sayap Muda DAP Kampung Tunku bertajuk ‘UiTM dan DAP?’ – membabitkan beberapa alumni universiti awam itu sebagai ahli panel dan moderator.

Bagaimanapun UiTM menafikan terbabit dalam program bicara Facebook Live berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button